Projek yang dianggarkan menelan kos RM167 juta itu akan dibina di kawasan seluas 28 hektar di Bukit Keluang di sini, dengan reka bentuk moden terkini dan mesra alam.


Pembinaan politeknik yang bakal mengukuhkan daerah ini sebagai hab utama pendidikan negeri merupakan yang ketiga di negeri ini selepas Dungun dan Kuala Terengganu di samping yang ke-34 di seluruh negara, dan ia dijangka siap pada 2020 dengan keupayaan menampung sehingga lebih 2,000 pelajar.


Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik/Kolej Komuniti Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz.


Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, penubuhan politeknik yang mengetengahkan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) diyakini mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.


Menurut beliau, kursus TVET membolehkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir tempatan dilahirkan menerusi politeknik di seluruh negara.-UTUSAN ONLINE