Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penubuhan pasukan khas itu dibuat selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kes tersebut.

“Menerusi pasukan khas itu, kita akan melakukan siasatan yang lebih terperinci.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan berharap supaya tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kes tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam baki berkata, dua pegawai kanan SPRM masing-masing menerima ugutan satu peluru hidup dan nota berbaur ancaman semalam dan hari ini.

Menurutnya, ancaman yang diterima itu dipercayai berkait rapat dengan siasatan suruhanjaya bebas berkaitan kes-kes berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, kedua-dua pegawai kanan yang tinggal di sekitar Lembah Kelang dan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, menerima ugutan tersebut dalam peti surat rumah masing-masing. - UTUSAN ONLINE