Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Februari lalu dan pihak sekolah telah mengenal pasti semua pelajar terlibat dalam satu siasatan terperinci.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berhubung insiden itu dan pihak polis telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit serta akan bekerjasama dalam menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis menyeru kerjasama orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang pelajar dibelasah beramai-ramai ketika menyambut harijadinya tular dalam media sosial.

Selain dibelasah, remaja tersebut turut dipukul dengan batang penyapu. - UTUSAN ONLINE