KUALA LUMPUR 20 Sept. - Polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, dekat sini hari ini.
Difahamkan, serbuan di rumah ibu kepada bekas Perdana Menteri itu dilakukan berkaitan dengan siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB)
Memetik laporan portal Free Malaysian Today (FMT), serbuan itu disahkan oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan memaklumkan tiada sebarang rampasan dilakukan.
“Ya, tergamak mereka menakutkan wanita itu tetapi mereka tidak temukan apa-apa pun,” katanya kepada FMT, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ((AMLA), Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE