SHAHARUDIN ABDULLAH
SHAHARUDIN ABDULLAH

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, penganjur dipanggil untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan itu.

“Polis akan memanggil Datuk Lokman Noor Adam untuk diambil keterangan pada Isnin depan dan buat masa ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(5)Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Perhimpunan tersebut yang bermula pukul 9 malam semalam betukar tegang setelah peserta perhimpunan mengingkari arahan pihak polis.

Keadaan tersebut berlaku apabila kumpulan itu yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru, Lokman cuba berarak ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tetapi dihalang polis. - UTUSAN ONLINE