Kesemua haiwan berkenaan turut berjaya diselamatkan dan polis masih menyiasat sama ada anak harimau itu diburu secara haram dari Sundarbans, hutan bakau terbesar dunia, yang mempunyai populasi harimau Benggal yang terancam.

“Kami menahan dua suspek dipercayai merupakan penyeludup haiwan yang menyerahkan anak mamalia itu kepada seorang lelaki di Sharsha.

“Kami mengesyaki haiwan terbabit dibawa ke sini untuk diseludup ke India,” kata ketua polis daerah, Anisur Rahman kepada AFP. - AFP