Presiden Anggun, Datin Faridah Ahmad berkata, sekiranya gagal, peserta tidak perlu risau kerana produk itu hanya perlu dikembalikan dalam keadaan baik dan sempurna tanpa perlu membayar apa-apa melainkan bayaran pos laju.

“Peserta boleh memohon untuk menukar produk jualan setelah mengembalikan produk yang asal untuk meneruskan usaha berniaga.

“Anggun akan membimbing dan berkongsi dengan peserta dari semasa ke semasa berhubung strategi pemasaran hingga berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faridah berkata, PNTM adalah inovasi mencipta keuntungan yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu mentor, sistem dan komuniti.

Jelasnya, program PNTM terbuka kepada pemohon wanita, berusia 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia.

“Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui aplikasi disediakan, pemohon perlu mengisi maklumat yang dikehendaki dan perlu menunggu pengesahan sama ada permohonan diterima atau ditolak,” katanya.

Menurutnya, jika berjaya, pemohon perlu menjelaskan yuran yang dikenakan pada kadar RM50 untuk setahun.

“Mereka yang berminat menyertai PNTM boleh menghubungi talian 014-3371010 untuk bantuan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE