Perdana Menteri berkata, beliau berharap melalui peruntukan tersebut dapat membantu rakyat negeri ini.

"Saya berharap agar rakyat negeri ini dapat terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemenangan 3-0 (kemenangan ketiga-tiga kawasan Parlimen)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man. - UTUSAN ONLINE