Pesawat pengangkut itu diterima secara rasmi oleh kerajaan yang diwakili oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam satu majlis di Seville, Sepanyol, pada 9 Mac lalu.

Ia kemudian diterbangkan dari Sepanyol terus ke negara ini pada 12 Mac lalu dan selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, dua hari kemudiannya.

Dua lagi pesawat sama dijangka diterima pada Disember tahun ini manakala baki sebuah lagi pada April tahun hadapan.

Najib kemudian merasmikan Kompleks Orang Kenamaan (VIP) di LIA, diberi nama Lang Merah yang mengambil nama sempena salah satu spesies unik burung helang di pulau pelancongan itu.

Kompleks berkeluasan 600 meter persegi yang terletak bersebelahan bangunan terminal tersebut bernilai RM4.8 juta dan mengambil masa selama sembilan bulan untuk disiapkan.

Bangunan tersebut dibina bagi memudahkan pergerakan VIP di lapangan terbang ber­kenaan.