Perdana Menteri berkata, kepelbagai­an itu penting bagi mengelakkan petani daripada terperangkap dengan masalah kejatuhan harga komoditi di pasaran dunia.

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad 

“Tapi kalau kita tanam kelapa sawit, hari ini harga jatuh kita akan menangis. Tapi kalau kita ada kelapa sawit dan satu bahagian kita tanam tanaman yang boleh beri pulangan seharian maka kita tidak akan terpe­rangkap dengan kejatuhan harga kelapa sawit ataupun getah.

“Jangan kita pe­gang kepada satu jenis (tanaman) sahaja kerana kalau jatuh harga kita akan hadapi masalah,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau selepas melawat beberapa kebun pertanian di Selangor, hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, walaupun cara pertanian baharu itu nampak menarik namun memerlukan disiplin, ilmu dan semangat yang tinggi dalam diri seseorang pengusaha.

Ujarnya, cara pertanian se­perti itu juga bagus kerana semua usaha dijalankan dengan usaha sendiri dan tidak memerlukan bantuan tenaga kerja asin­g.

“Kalau kita mempunyai kesungguhan, kita akan berjaya. Tetapi kalau kita buat ini secara sambilan ditanam di belakang rumah ini tidak akan menjadi.

“Jadi kita kena tukar cara kita dan kita akan berjaya sebagai seorang peladang moden,” katanya.