Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM merafak sembah tahniah Sultan Kedah baharu

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah tahniah kepada Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang diisytiharkan sebagai Sultan Kedah baharu.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang telah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29 hari ini.

“Semoga Kedah Darul Aman semakin maju serta dilimpahi rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku,” kata Perdana Menteri menerusi Facebook, hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat setelah kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam.

Pengumuman pengisytiharan pelantikan itu dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sejurus sebelum jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.

Pemilihan raja pemerintah baharu ditentukan menerusi Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja setelah kemangkatan Sultan Kedah.

Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 November 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat kegeringan.

Tunku Sallehuddin, 75, adalah juga adinda Tuanku Abdul Halim. - UTUSAN ONLINE

Habis ///

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain