Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM lancarkan tiga dokumen besar RPN

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK

PUTRAJAYA 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buah dokumen besar di bawah Rancangan Pemajuan Nasional (RPN) untuk mencorakkan pembangunan negara yang efisien dan mampan.

Tiga dokumen berkenaan adalah Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN ke-3), Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara).

“Penyediaan Rancangan Pemajuan Nasional ini yang selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) mempastikan pembangunan berlaku dengan seimbang dan saksama di setiap ceruk tidak kira kampung, desa, mahupun bandar,” kata Perdana Menteri ketika berucap melancarkan ketiga-tiga dokumen berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Timbalannya, Datuk Halimah Mohd. Sadique.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan majlis pelancaran Fasa Dua Transit Aliran Massa (MRT) akan diadakan pada 17 Julai depan.

“Melalui kedua-dua Fasa MRT (Fasa Satu dan Fasa Dua), kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakannya setiap hari,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain