Sempena pelancaran itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tiada caj [email protected] dikenakan sehingga akhir tahun, dan pengguna boleh memuat turun aplikasinya di Google Playstore atau App Store tidak lama lagi.

Aplikasi ini mengesan hotspot wifi dan menghubungkan pengguna kepada lebih 5,800 hotspot di seluruh Malaysia, dan selepas tempoh promosi percuma ini, [email protected] hanya mengenakan bayaran 10 sen sejam, kata Najib pada sesi pertemuan ‘Jom Bersama TM’ di sini hari ini.

Setakat suku kedua tahun ini, TM mempunyai 2.36 juta pelanggan jalur lebar, dengan lebih daripada satu juta terdiri daripada pelanggan Unifi.

Najib juga melancarkan dua pakej baharu Unifi bagi menampung e-usahawan, iaitu unifi ebiz, dan untuk belia, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), pakej unifi edu.

“Pembangunan segmen ini penting dalam mengangkat negara menjadi negara berpendapatan tinggi. Saya berharap pe­ngenalan pakej-pakej baharu TM ini akan membuka potensi tanpa sempadan untuk segmen ini te­rus berkembang,” katanya.

Pakej ebiz unifi dengan BIZ LITE, BIZ ADVANCE atau pelan BIZ PRO untuk e-usahawan, menawarkan pelanggan dengan kelajuan jalur lebar sehingga 100 megabit sesaat (Mbps), lengkap dengan akses dan mobiliti [email protected], yang menyediakan usahawan sambungan jalur lebar yang lancar di mana-mana sahaja.

Pakej ini dilengkapi ciri-ciri penyelesaian ICT bagi meme­nuhi keperluan perniagaan dalam talian, sebagai alat pemasaran untuk terus memacu keuntungan.

Sementara itu, Najib berkata penuntut IPT akan mendapat manfaat daripada kelajuan jalur lebar sehingga 100Mbps bagi pakej unifi edu menerusi tawaran LITE, ADVANCE atau PRO, lengkap dengan akses mobiliti [email protected] yang mereka boleh gunakan untuk meningkatkan lagi pres­tasi akademik di mana sahaja untuk kemudahan mereka.

Selain melancarkan pakej baharu unifi, Perdana Menteri juga melancarkan Flow, aplikasi sembang dalaman yang padu, de­ngan ciri serta penambahan bagi menggantikan aplikasi pesanan segera yang popular di tempat kerja, yang dibangunkan secara dalaman oleh TM untuk Warga Ke­luarga TM.

Dibangunkan sebagai antara dorongan agresif TM ke arah pendigitalisasi, Najib berkata, Flow merupakan aplikasi yang pe­nyambungan mudah dan cepat kepada lebih 28,000 warga ke­luarga TM untuk bekerjasama dan memacu kecekapan operasi dan pelaksanaan memandangkan aplikasi itu memudahkan komunikasi dalam kalangan petugas.

Beliau berkata pengenalan Flow seiring dengan aspirasi TM ‘Going Digital’ apabila syarikat bergerak melepasi penyambu­ngan ke dalam perkhidmatan ber­nilai tambah digital baharu dan pintar.

“Ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh TM yang meliputi pengalaman pelanggan, pengoptimuman proses dan peluang perniagaan baharu yang melibatkan pembangunan tenaga kerja yang lebih peka kepada digital dan bijak.

Ini selari dengan matlamat kami untuk mempercepat pelaksanaan matlamat strategik dalam Penyampaian Pertumpuan dan Go Digital menerusi pendekatan baharu kami, ‘Perfexe 10’, kata­nya.– BERNAMA