Rakaman video berdurasi selama 6.25 minit itu mengimbas kembali program khas haji, temuduga terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sehinggalah kepada Bajet 2018 Bersama Rakyat selain program-program di seluruh negara yang dijalankan sepanjang bulan lalu.

Kejayaan yang dicapai oleh program-program dan pelbagai maklumat serta gambar aksi yang dirakam sepanjang program diselitkan dalam video itu.

Rakaman video memaparkan hala tuju yang akan diambil kerajaan untuk tahun ini. - UTUSAN ONLINE