Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba pada pukul 9 malam dengan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan kira-kira 10,000 orang ramai.

Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan pertunjukan tarian singa dan naga serta persembahan kebudayaan Cina.

Dr. Mahathir dan para pemimpin lain kemudian memukul gendang sebagai simbolik pelancaran majlis rumah terbuka itu.

Sambutan bermula sejak pagi tadi dengan penganjuran acara menarik antaranya jualan makanan tempatan, persembahan budaya dan artis tempatan, aktiviti mesra rakyat serta kaunter perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. - UTUSAN ONLINE