Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada perhimpunan terbesar komuniti kewartawanan Malaysia itu pada  8.45 malam.    

Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab serta ketua-ketua pengarang media utama di negara ini.    

MWM 2017 menyaksikan 291 penyertaan bagi 20 kategori dipertandingkan bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai RM10,000, sijil dan trofi manakala karya terbaik akan dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai dengan ganjaran wang tunai RM30,000, sijil, trofi dan hadiah iringan lain.    

Buat pertama kalinya, MWM 2017 akan menyampaikan anugerah Tokoh Media kepada individu yang memberi sumbangan kepada industri kewartawanan media tanah air.-BERNAMA