Perdana Menteri berkata, ini kerana Islam tidak mengajar sesiapa untuk mencari kesalahan orang lain.

“Islam tidak suruh kita nak cari salah sahaja. Sampai nak ‘kerabat’ (panjat) masuk dalam rumah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Memperkayakan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti di Petrosains, Suria KLCC di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mujahid yang berpendirian apa yang dilakukan oleh individu di sebalik pintu yang bertutup bukan urusan kerajaan.

Mujahid berkata, jika pegawai agama mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi agama Islam, ‘tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan’.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur,” ujar Mujahid. -UTUSAN ONLINE