Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ia bagi melengkapkan pelajar tahfiz dengan ilmu masa depan supaya mereka tidak ketinggalan.

“Kementerian Pendidikan sememangnya menggalakkan aktiviti berkaitan robotik dan pengaturcaraan dan sebagainya kerana ia merupakan persiapan kepada anak-anak kita kepada alam pekerjaan di masa hadapan yang bergantung kepada ilmu berkaitan yang bergantung kepada Revolusi Industri 4.0.

“Jadi, kita menggalakkan mana-mana pihak swasta untuk bersama-sama membantu untuk membawa robotik ke pusat tahfiz supaya mereka dilengkapkan dengan ilmu masa depan dan tidak ketinggalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup pertandingan Tun Fatimah Innovation Challenge (Tun Fatimah i-Challenge) di Sekolah Tun Fatimah di sini hari ini.

Terdahulu, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan pertumbuhan sekolah tahfzi di negara ini, namun pada masa sama beliau bimbang terhadap murid sekolah berkenaan yang kurang mendapat pendedahan berhubung kemahiran robotik untuk masa depan mereka. - UTUSAN ONLINE.