Ketua Pegawai Operasi Convention & Exhibition Putrajaya Sdn. Bhd., Tuan Syamsani Tuan Mansor berkata, tahun ini merupakan kali ketiga pihaknya mengedarkan bubur lambuk sebagai antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bulan Ramadan.

"Sebanyak 40 kilogram (kg) beras dan lebih 15 kg ayam digunakan untuk menyiapkan juadah ini yang disediakan oleh 20 petugas termasuk chef PICC sejak awal pagi tadi.

"Alhamdulillah, usaha ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan orang ramai khususnya warga Putrajaya yang berkerja di sini apabila mereka sanggup tiba awal untuk mengambil bubur lambuk ini," katanya ketika ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Menurut Tuan Syamsani, pihaknya berhasrat untuk meneruskan usaha berkenaan pada tahun seterusnya yang juga dilihat sekali gus dapat mempromosikan pakej bufet berbuka anjuran PICC.

"Malah inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan kami sesama kakitangan apabila tanpa mengira pihak pengurusan dan petugas sokongan, masing-masing membantu menyediakan bubur lambuk ini," katanya. - UTUSAN ONLINE