Madius Tangau

Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, piawaian yang dibangunkan itu merangkumi keperluan kualiti, kebersihan, pembungkusan dan pelabelan bagi madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah jenis Meliponini.

“Ia akan digunakan sebagai rujukan oleh kementerian dan agensi berkaitan, pusat pe­ngumpulan dan pihak pemprosesan serta pe­ngeluar produk madu ke­lulut dalam memastikan madu keluaran tempatan adalah selamat, berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pengguna.

“Jabatan Standard turut membangunkan MS 2679 iaitu Amalan Pertanian Baik (APB) lebah jenis Apini dan Meliponini sebagai rujukan dalam aktiviti pemeliharaan lebah untuk tujuan penghasilan madu berkualiti,” kata­nya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Menurutnya, industri madu kelulut sedang berkembang pesat di Malaysia apabila kini terdapat lebih kurang 1,000 penternak seluruh negara dan dijangka terus meningkat pada masa akan datang.

Katanya, pengeluaran madu ke­lulut yang dihasilkan buat masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang tinggi sehingga menyebabkan harga meningkat.

“Keadaan ini seterusnya mendorong kemasukan madu kelulut tiruan dalam pasaran sekali gus boleh menjejaskan keyakinan pengguna dan telah merendahkan imej produk tempatan,” katanya.