Timbalan Ketua Penerangan PH Negeri Sembilan Mokhtar Ahmad dalam satu kenyataan berkata sebaik dimaklumkan, pihaknya akan segera memaklumkan kepada media tentang apa yang berlaku hari ini.

"Kita sedang menunggu dan mendapatkan makluman seterusnya dan selepas mengetahuinya, kami akan maklumkan kepada rakan-rakan media sesegera yang boleh tentang apa yang berlaku hari ini, khususnya mengenai pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya.

PH buat pertama kalinya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah 20 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Baki 16 kerusi dikuasai Barisan Nasional (BN). - BERNAMA