Perdana Menteri berkata, kaedah itu sedang dibincangkan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau memberitahu, hutang berkenaan merupakan hasil kerajaan terdahulu yang telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan.

"Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam," katanya seperti dipetik daripada laporan portal Malaysiakini, hari ini. – UTUSAN ONLINE