Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan di Karlsruhe memerintahkan seorang ibu kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang meninggal dunia akibat dilanggar tren di sini pada 2012 dibenarkan mengakses akaun Facebook anaknya.

Akaun tersebut sebelum ini dikunci oleh pigak pengurusan Facebook atas tujuan menjaga privasi pengguna.

Wanita itu sebelum ini membuat permohonan mahkamah untuk membenarkan dia mengakses Facebook anaknya bagi mengetahui jika kematian remaja perempuan itu adalah disebabkan oleh bunuh diri atau benar-benar berpunca akibat kemalangan. – REUTERS