Petronas patut jadi pembekal tunggal untuk kerajaan Pusat
Haslihelmy Zulhasli

Timbalan Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Haslihelmy Zulhasli berkata, hal ini memandangkan status Petronas sebagai syarikat utama dalam negara yang menyalurkan hasil kepada kerajaan.

“Jadi, ini akan memberi kebaikan kepada syarikat dan negara serta rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial mengenai pelantikan syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Tun Mahathir sebagai pembekal minyak petrol dan diesel untuk kenderaan kerajaan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya pula menjelaskan, Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan untuk Kerajaan Persekutuan.

Tegas kementerian itu, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan.

Haslihelmy turut membangkitkan sama ada pelantikan Petron dibuat secara tender terbuka seperti dijanjikan Pakatan Harapan atau secara perundingan terus. - UTUSAN ONLINE