Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peserta PABM 2017 rasai pengalaman hidup di desa

Peserta PABM 2017 rasai pengalaman hidup di desa
PESERTA PABM 2017 teruja menyertai tradisi mengoca ikan di dalam kawasan berlumpur di Homestay Kampung Lonek, Jempol hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMA KHAIRUL AZHAR

JEMPOL 28 Julai - Seramai 53 peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2017 (PABM 2017) hari ini berpeluang menyertai beberapa aktiviti menarik dan sukan rakyat di Homestay Kampung Lonek di sini.

Aktiviti bermula sejak pukul 9 pagi dengan peserta dibawa melihat kegiatan ekonomi penduduk antaranya demonstrasi menoreh getah, ternakan lebah kelulut dan penanaman padi.

Mereka kemudian menyertai acara sukan rakyat iaitu bermain belon, menarik upih pinang dan kelereng.

Paling mencuit hati apabila peserta dari 35 negara itu bermandi lumpur semasa merasai pengalaman mengoca ikan iaitu tradisi masyarakat setempat menangkap ikan menggunakan tangan.

Sepanjang tiga hari di kampung itu, pelbagai acara lain turut diatur untuk mereka antaranya mengemping padi, mengacau dodol dan persembahan adat perkahwinan tradisional Negeri Sembilan.

PABM 2017 yang berakhir Selasa lalu di Putrajaya merupakan edisi ke-11 dan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain