Kejohanan yang mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) bukan sahaja menarik peserta seluruh negara malah turut melibatkan peserta dari 12 negara luar termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Senegal dan United Kingdom (UK).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama menjayakan kejohanan sebesar itu yang julung kali diadakan di negeri ini.

“Peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

“Kita menawarkan hadiah utama RM3,000 bagi setiap kategori selain cabutan bertuah berupa motosikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman.

Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohamad Alex Edward; Ketua Pegawai Eksekutif YGM, Dr Roslan Basaruddin dan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UMK, Prof. Madya Dr Mohad Anizu. - UTUSAN ONLINE