Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, permohonan tersebut akan dihantar sebelum berunding dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Bajet tambahan ini untuk mendapatkan contohnya tambahan pam dan peralatan-peralatan, sekarang ini kita tidak cukup bajet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran (Manco) kali ke-w23 di Hotel KSL di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (Mancid), Ir. Ahmad Idrus.

Salahuddin berkata, bagi mengatasi masalah tersebut pihaknya akan mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan semua agensi kerajaan yang berkaitan. - UTUSAN ONLINE