Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, peruntukan tersebut melalui bantuan penyambungan bekalan elektrik, Bekalan Elektrik Luar Bandar(RES) membabitkan rumah-rumah baharu dibina.

"Bagi penduduk di Kampung Baru, seramai 142 penduduk yang belum lagi mendapat bekalan elektrik.

"Menerusi permohonan yang diutarakan oleh wakil rakyat Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang kita akan membantu penduduk mendapat bekalan elektrik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Baru, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Residen Bahagian Samarahan, Ibrahim Lumpu dan Rubiah.

Mengulas lanjut, katanya, kos untuk penyambungan bekalan elektrik itu menelan kos antara RM50,000 hingga RM 60,000 bagi sebuah rumah.

"Kita harap menerusi bantuan ini permasalahan yang dialami penduduk dapat diselesaikan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE