Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah menambah sebanyak RM250,000 dalam peruntukan tersebut kerana pada tahun lalu sebanyak RM750,000 disalurkan melalui anak-anak syarikat di bawah Felcra antaranya Felcra Training and Consultancy Sdn. Bhd. (FTC) untuk tujuan yang sama.

“Apabila Felcra dikorporatkan pada 1977, sebanyak RM4.3 juta telah disalurkan setiap tahun dan RM300,000 daripada jumlah keseluruhan itu adalah dana khas untuk membantu usahawan-usahawan wanita.

“Insya Allah, kementerian akan terus membantu Wadira menerusi pelbagai dana dan program keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan masyarakat Melayu,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Perdana Wadira di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini ini.

Konvesyen tersebut dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut diangkat sebagai Ikon Inspirasi Wadira Felcra. -UTUSAN ONLINE