Ini kerana selepas berlakunya pindaan kepada undang-undang kecil CBP yang berkuatkuasa pada 13 September lalu, pemilihan perwakilan kini perlu mengikut nisbah 2:1 koperasi dan tidak melebihi 25 wakil koperasi bagi sesuatu kawasan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abd. Razak menjelaskan, selain itu, melalui pindaan berkenaan perwakilan koperasi juga akan dipilih melalui proses pengundian.

“Jumlah kuorum kehadiran bagi setiap mesyuarat agung kawasan juga telah dipinda dari 200 ke 100 anggota bagi setiap kawasan bagi melancarkan proses mesyuarat yang akan dilaksanakan kelak.

“Jumlah bayaran minimum pegangan anggota koperasi telah ditingkatkan kepada RM5,000 dan RM1,000 bagi keanggotaan individu, pun begitu, jumlah bayaran minimum pegangan ini hanya terpakai bagi permohonan keanggotaan baharu berkuatkuasa pada 13 September 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi Taklimat Pindaan Undang-undang Kecil CBP, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE