Beliau berkata, langkah itu selaras dengan Local Agenda 21 untuk menggalakkan pelaksanaan pertanian bandar di semua peringkat khususnya di kawasan taman perumahan.
Katanya, kelulusan daripada PBT perlu bagi mengelak sebarang masalah berbangkit termasuk penggunaan tanah secara haram.

“Kami di peringkat kementerian tidak mempunyai sebarang masalah terhadap saranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggalakkan program pertanian bandar terutama bagi penduduk di kawasan perumahan memanfaatkan tanah di luar kawasan rumah mereka.

“Tanah terbiar di kawasan perumahan seperti di hujung taman boleh dimanfaatkan dengan pertanian bandar daripada ia terbiar menjadi semak-samun dan ia boleh diusahakan secara individu atau berkelompok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kad Pintar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini hari ini.– BERNAMA