Ini terbukti apabila seramai 25 murid sekolah rendah sekitar­ bandar raya ini menyertai pertandingan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK)­ Kota Masai, Amira Nadhirah Zulkfli muncul sebagai juara.

Tempat kedua dimenangi Muhd.­ Zamie Hakimi Mohd. Zabri dari SK Mawai, manakala tempat ketiga dimenangi oleh rakannya, Nur Husnina Dini Jais.

Para peserta diminta menulis slogan Hari Guru 2017, iaitu Guru Pembina Negara Bangsa berasaskan kaedah khat nasakh.

Johan menerima RM300, hamper, cenderamata sumbangan Johor Corporation (JCorp) serta sijil, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM200 dan RM100 serta hamper, cende­ramata dan sijil penyertaan.

Penghakiman dibuat berdasarkan keaslian bentuk seni khat, su­sunan huruf, kebersihan dan kekemasan serta hiasan tepi.

Bagi memperkasa lagi tulisan jawi, turut diadakan Klinik Jawi oleh Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (Jawi), Sabri Azit.

Dalam ceramahnya, beliau mengetengahkan pengkaedahan tulisan jawi yang meliputi padanan huruf dan kaedah Douwra.

Klinik Jawi itu mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada para peserta dan guru-guru pengiring.

Turut diadakan aktiviti Pandai Jawi, iaitu para peserta diminta me­nulis 15 perkataan bahasa Melayu ke tulisan jawi dalam tempoh 15 minit.

Hadiah disampaikan Penolong Pengarah Pembangunan/Aset, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Nasrudin Hashim.

Yang turut hadir Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohammad Radzi Mohd. Zin.