Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Pas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang apa yang diperjuangkan PMB, namun ia selari dengan apa yang Pas perjuangkan.

"Saya hadir hari ini atas kapasiti peribadi untuk memberi sokongan dan perjuangan mereka ini (PMB) adalah selari dengan apa yang Pas perjuangkan.

"Cumanya Pas sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi terhadap apa yang diperjuangkan PMB ini," katanya ketika ditemui selepas memberi ucapan dalam perhimpunan tersebut di hadapan Masjid Negara di sini hari ini.

Jelasnya, beliau secara peribadinya akan turut serta bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi siri jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan tanda tangan dan sokongan orang ramai terhadap bantahan ini.

"Mungkin dalam mesyuarat akan datang, Pas akan putuskan sama ada akan turut serta secara menyeluruh dalam perjuangan mempertahankan institusi Islam dan raja-raja Melayu ini. -UTUSAN ONLINE