Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan, 25 atau 44.7 peratus daripada perolehan bekalan atau perkhidmatan tidak dibuat secara sebut harga seperti disyaratkan dalam peraturan perolehan kerajaan.

Lapornya lagi, setiap satu perolehan berkenaan melebihi RM100,000 dengan nilai keseluruhan perolehan terlibat adalah RM5.54 juta.

“Manakala, 12 atau 21.4 peratus perolehan yang setiap satunya bernilai melebihi RM500,000 tidak dibuat secara tender terbuka seperti disyaratkan dalam peraturan perolehan kerajaan. Nilai keseluruhan perolehan terlibat ialah RM11.31 juta.

“Akhir sekali, 19 atau 33.9 peratus perolehan perkhidmatan penyiaran pengiklanan melalui media cetak dan media elektronik yang bernilai RM10.40 juta tidak diperakukan kepada pihak berkuasa melulus dengan sewajarnya,” katanya laporan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE