MOHD. SHAZWAN SUBHAN
MOHD. SHAZWAN SUBHAN 

Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban berkata, hal demikian penting kerana pengusaha jentera berat seperti traktor dan mesin padi memerlukan kuantiti bahan api yang banyak untuk beroperasi.

Kata beliau, pada masa ini, mereka hanya dibenarkan membeli sebanyak 40 liter bahan api sehari.

"Sebagai contoh, sebuah traktor memerlukan 65 liter bahan api sehari manakala mesin padi memerlukan 200 liter sehari untuk beroperasi. Ramai pengusaha merungut dalam isu ini dan meminta kerajaan mempertimbang untuk memudahkan urusan mereka.

"Kalau boleh perkenalkan mekanisme seperti menyediakan kad kepada para pengusaha ini bagi membolehkan mereka membeli bahan api dengan kuantiti yang banyak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah beliau, para pengusaha yang ingin membeli diesel melebihi had dibenarkan, perlu mengemukakan pelbagai surat kebenaran yang sudah tentu akam menyukarkan mereka.

"Kita bukan ingin menyalahgunakan pembelian diesel itu sebaliknya untuk memudahkan para pengusaha dalam bidang pertanian ini.

"Saya harap kerajaan boleh mengkaji perkara ini demi kepentingan para pengusaha serta petani," katanya. - UTUSAN ONLINE