Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu.

Terdahulu, peguam Faizul Mohd. Nasir  yang mewakili Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya akan ke luar negara bagi penggambaran filem.

Sementara itu, Farid Kamil yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau memerlukan pasport itu bagi  urusan kerja.

Ketika disoal pemberita sama ada beliau kecewa atau tidak permohonannya ditolak, beliau akur dan memahami prosedur mahkamah itu.

Pada prosiding kali ini, beliau ditemani oleh isterinya, Datin Diana Dianelle.

Majistret Salamiah Salleh turut menetapkan 26 sehingga 29 November ini untuk perbicaraan kes laporan palsu yang dihadapinya. - UTUSAN ONLINE