Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permainan video kini semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa dan malah dijadikan satu daripada acara dalam temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia selain sedang diusaha untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik.


Jelasnya, kerajaan akan mendokong segala usaha untuk memastikan permainan video berkembang dengan sihat termasuk melahirkan atlet-atlet e-sukan yang boleh membawa nama negara di peringkat dunia.


“Generasi saya mungkin tidak faham apa yang disukai sangat dengan permainan video ini, namun hal itu tidak semestinya kerajaan mengabaikan perkembangannya kerana kita tetap perlu mengadaptsi perkembangan digital,” katanya ketika merasmikan Malaysia Cyber Games 2018 di sini hari ini.


Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.


Tambah Najib, menjadikan e-sukan sebagai industri penting untuk membuka peluang untuk negara dan rakyat menjana pendapatan, agar aktiviti itu tidak menjadi hiburan semata-mata.-UTUSAN ONLINE