Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak kementerian perlu mengadakan perbincangan lanjut bersama majikan berhubung cadangan itu di samping tidak menjejaskan perokok untuk merokok.

Beliau menambah, ruangan merokok juga perlu dilihat lebih teliti memandangkan terdapat para perokok yang mengambil kesempatan membebaskan asap rokok di ruang tertutup seperti tandas.

"Hal ini kerana saya pernah berhadapan pengalaman buruk berhadapan situasi kepulan asap dalam tandas dan ia secara langsung memberi kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

"Oleh demikian, majikan perlu sedia tempat sesuai merokok agar ruang tertutup seperti tandas dan tangga pejabat tidak digunakan untuk membebaskan asap rokok," katanya ketika ditemui selepas program larian MyJantungku 2019 di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE