Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, antara projek terbabit adalah seperti sekolah sukan, mahkamah baharu Kangar, pusat-pusat kesihatan, pusat pengajian di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan beberapa lagi projek yang masih belum siap.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan mahu pihak-pihak terlibat sentiasa memantau perkembangannya.

“Projek-projek tersebut memerlukan pemantauan serius supaya pelaksanaannya dapat berjalan dan siap pada waktu ditetapkan.

“Apabila projek lambat siap akan menyebabkan kos meningkat dan pelbagai lagi masalah lain. Antara isu lambat siap ini seperti masalah daripada segi pengurusan, kewangan, tadbir urus syarikat termasuk masalah kekurangan pekerja,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Perlis bagi kali kedua tahun 2019 di sini hari ini.

Tambah Rina yang juga Pengerusi MTNg negeri, dalam mesyuarat berkenaan turut dibentangkan empat kertas laporan prestasi projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Perlis.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan sebagai ahli mesyuarat MTNg negeri.

“Diharapkan Wan Saiful dapat menyumbang idea untuk pembangunan di Perlis ini melalui kepakaran dan pengalamannya melalui MTNg ini,” katanya.

Sementera itu, Rina turut memberi mandat kepada Wan Saiful untuk memilih lima lantikan tambahan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini.- UTUSAN ONLINE

Learn to freehand visualize your ideas