KUALA LUMPUR 13 Jan. - Perlembagaan Persekutuan yang memberi keadilan kepada semua kaum serta hak kebebasan beragama di negara ini perlu dipertahankan malah sebarang usaha untuk mengubahnya wajib ditentang.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ismail Mina Ahmad berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang negara sejak sekian lama boleh mencari keadilan dan hak yang diinginkan mereka di negara lain.
“Kami menyeru rakyat supaya memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, segala cubaan untuk beri tafsiran atau untuk kelirukan serta mengubahnya wajib ditentang.
“Sekarang sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan mereka boleh cari negara lain yang sesuai untuk tinggal di sana,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Kebangkitan Ummah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Bawa politik muafakat, matang
SETIAP kali pilihan raya umum (PRU), Johor sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana negeri yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan sejak dahulu lagi dianggap sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).