Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

Kata kenyataan itu lagi, kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat terlibat agar pihak Kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September ini (esok).

“Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi prabayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini. - UTUSAN ONLINE