RapidKL menerusi laman Facebook memaklumkan, sehingga kini, kerja-kerja baik pulih masih dijalankan.

Difahamkan, akibat masalah berkenaan, semua perkhidmatan dari dan ke Stesen Masjid Jamek tergendala.

Bagi membolehkan pengguna menuju ke destinasi masing-masing, RapidKL menyediakan bas di stesen-stesen LRT manakala tren laluan Kelana Jaya terpaksa dipandu secara manual.

RapidKL turut memulangkan tambang tiket kepada penumpang yang membatalkan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT. - UTUSAN ONLINE