Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkasakan ATM

Perolehan MRCA, MPA, MRSS

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang akhbar program Retreat Halatuj
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang akhbar program Retreat Halatuju Kementerian Pertahanan Malaysia Tahun 2017 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum (dua dari kiri); Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri); Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi (dua dari kanan) dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. – BERNAMA

SHAH ALAM 25 Jan. - Perolehan pesawat pe­juang pelbagai peranan (MRCA) baharu bagi menggantikan pesawat MiG-29N, sama ada dari jenis Eurofighter Typhoon atau pun Dassault Rafale akan diputuskan sebelum tahun 2020.

Langkah serupa juga akan dibuat ke atas perolehan Pesawat Rondaan Maritim (MPA) generasi baharu serta Kapal Sokongan Pelbagai Peranan (MRSS) untuk ke­gunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai langkah memperkasakan kesiap­siagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran keselamatan terkini.

“Biar ATM selaku pengguna nilai kesesuaiannya dan selaku Menteri Pertahanan, saya mahu rundingan terbaik untuk negara dan aset terbaik buat tentera,” katanya ketika berucap merasmikan Retreat Hala Tuju Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

TUDM memerlukan sekurang-kurangnya satu skuadron (18 buah) pesawat MRCA baharu dan empat buah pesawat MPA gene­rasi terkini, manakala TLDM pula memerlukan tiga buah kapal MRSS moden bagi menjamin kedaulatan negara.

Ditanya lanjut dalam sidang akhbarnya selepas itu, apakah beliau optimis perolehan tersebut mampu dilakukan dalam tempoh ditetapkan memandangkan ekonomi negara tidak menentu, Hishammuddin berkata, perkara itu mesti dilakukan.

“Bukan lagi soal optimis tetapi kita perlu lakukan (perolehan), namun kita juga sedar pembe­lian aset ketenteran banyak dipe­ngaruhi faktor kewangan negara,” jelasnya.

Sementara itu, kepada laporan yang mengaitkan Sabah sebagai transit bagi kumpulan militan Daesh, Hishammuddin berkata, laporan berkenaan adalah tidak benar kerana semua negara terdedah kepada ancaman pengganas.

“Mereka boleh bertindak walaupun bersendirian dan jika sekalipun militan itu ditahan di Sabah, tidak bererti Sabah adalah transit kerana mereka ini boleh berada di mana-mana sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain