Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail berkata, objektif itu mampu dicapai dengan menggunakan kaedah penghayatan setiap agama bagi setiap kaum dalam negara.

"Setiap agama mempunyai nilai integriti masing-masing yang mampu memberi kesan positif kepada masyarakat.

"Perkara terpenting adalah untuk penganut agama berkenaan menghayati nilai yang terdapat dalam ajaran itu seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Diskusi Intelektual Membina Negara Bangsa Berintegriti dari perspektif institusi pelbagai agama dan pendidikan.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pensyarah Kanan Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri, (CITra), UM, Dr. Wendy Yee Mei Tien. - UTUSAN ONLINE