Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, pihaknya mendoakan semoga Al-Sultan Abdulah diberikan petunjuk dalam memerintah seterusnya menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang diberkati dan diampuni tuhan.

“Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Sultan Pahang yang baharu ini, menjadikan negeri Pahang ini aman dan akmur serta rakyatnya bersatu padu, harmoni dan saling menghormati.

“Semoga Allah menjadikan Pahang sebuah negeri yang menggunakan hasil buminya dengan telus dan amanah, memberi nikmat dan kebaikan kepada rakyatnya dalam pemerintahan Sultan Pahang yang baharu.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tambahnya, Perkasa juga menjunjung kasih kepada Sultan Ahmad Shah di atas kebijaksanaan dan kerelaan hati telah menyerahkan tampuk pemerintahan selepas menaungi rakyat Pahang selama 45 tahun.

“Allah SWT sahajalah yang membalas segala kebaikan yang telah Paduka Seri lakukan,” katanya.- UTUSAN ONLINE