Datuk Noor Zalman Ismail
Datuk Noor Zalman Ismail

Pengerusi jawatankuasa majlis tersebut, Datuk Noor Zalman Ismail berkata, kira-kira 150 bekas tentera bertemu buat kali pertama setelah sekian lama terpisah.

“Selepas tamat berkhidmat, 20 tahun lebih kita tidak berjumpa dan kita cuba untuk menyatukan kembali. Syukur alhamdulillah buat pertama kali kami dapat berkumpul hari ini.

“Tiga bulan masa diperlukan untuk kami mencari rakan-rakan. Mereka yang hadir datang dari serata negeri termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Malaysia mula menghantar pasukan pengaman ke Bosnia dan Herzegovina selepas berlakunya peperangan pada 1992 ekoran tindakan Serbia membunuh penduduk negara tersebut.

Pada 1993, Batalion Malaysia (Malbatt) 1 yang disertai 996 anggota diwujudkan dan telah diletakkan di bawah pemerintahan Perancis untuk berkawal di Konjic, Jablanica dan Pazaric. - UTUSAN ONLINE