Ketua Satu Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pembinaan bahasa Melayu itu seharusnya sejajar dalam membina masa depan negara.

"Contohnya, dalam aspek politik ada kalah dan menang, manakala ekonomi pula membabitkan untung dan rugi. Namun, membina bahasa Melayu agar ianya terus  diperkasakan perlu dilakukan secara kerjasama supaya kemenangan dapat dirai bersama semua.

"Dalam konteks komuniti ASEAN pula, kita memilih pendekatan gerakan bebas mencipta kebudayaan Melayu untuk mencipta keamanan," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Pertemuan Dunia Melayu 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, program dianjurkan di Bangkok,Thailand itu berlangsung selama lima hari sehingga Selasa hadapan dirasmikan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.-UTUSAN ONLINE