Menurut Rapid KL lagi, pengguna boleh menikmati perkhidmatan percuma sama ada dengan penggunaan token atau kad perjalanan Touch ‘n Go dan kad MyRapid konsesi dan ia terhad selama lima jam bermula pukul 6 pagi sehingga 11 pagi.

“Untuk keselesaan, para penumpang digalakkan untuk menggunakan kad perjalanan Touch 'N Go atau kad MyRapid konsesi dan tiada sebarang caj dikenakan apabila pengguna sentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil.

“Sekiranya ingin menggunakan token, para pengguna boleh mendapat token berkenaan secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT,” ujar Rapid KL dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, basikal yang berspesifikasi penuh juga akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam tren untuk ke Stadium Bukit Jalil esok sebagai sokongan untuk acara kayuhan basikal yang akan diadakan di sana.

Perkhidmatan LRT di stesen Bukit Jalil akan turut dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi pada 14 Oktober dan para pengguna boleh keluar di mana-mana stesen LRT dan MRT walaupun pintu masuk stesen tersebut sudah ditutup. – UTUSAN ONLINE