Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dan turut disertai artis veteran Sahara Yaacob itu mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan SPRM tersebut.

Menurut Lokman, Pemantau Malaysia Baru dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain akan menghantar satu memorandum berkaitan penahanan Najib kepada Majlis Raja-Raja.

“Memorandum itu akan diserahkan pada 26 September ini pada pukul 8.30 malam di Pintu C, Istana Negara,” jelasnya.

Najib hari ini ditahan oleh SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. - UTUSAN ONLINE