Menurut catatan di laman Facebooknya, ketibaan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan telah disambut oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman.

“Petang semalam, saya bertolak dari Riyadh ke Madinah dan disambut mesra setibanya di sini (Madinah) oleh Putera Faisal bin Salman, Gabenor Madinah,” kata Perdana Menteri.

Semalam Najib mengadakan pertemuan dengan Raja Salman dan berbincang serta bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, pelbagai hala, serantau serta antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibincangkan dan dipersetujui sewaktu lawatan negara yang bersejarah Raja Salman ke Malaysia pada Mac tahun lepas. - UTUSAN ONLINE